fbpix

TIPS LULUS PINJAMAN KERETA DENGAN CEMERLANG

CarMall Tips Lulus Pinjaman Kereta

Seperti yang kita ketahui ramai pelanggan-pelanggan yang memohon pembelian kereta secara kredit di bank gagal atau mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan kelulusan. Bagi kita yang hanya membeli kereta sekali sekala ini pasti mengalami perasaan yang pelik sehingga la hati kita ni membentak-bentak untuk menuduh penjual kereta tidak menjalankan kerja mereka dengan baik. Untuk pengetahuan anda semua kegagalan kita untuk mendapatkan lulus pinjaman  kereta dengan cemerlang adalah disebabkan dokumen yang tidak lengkap untuk dihantar ke pegawai bank yang bertugas sehingga pegawai bank pun ragu-ragu untuk meluluskan pinjaman kereta anda. Di sini saya nak berkongsi tip dengan anda semua untuk supaya pinjaman kereta anda lulus dengan cemerlang dan pantas.

 

Tip yang pertama : STATUS

Sekiranya anda ingin membeli kereta baru dan memerlukan pinjaman dari bank untuk kereta anda. Anda harus pastikan nama anda bersih dari segi CCRIS atau CTOS. Sekiranya nama anda tersenarai dalam CCRIS atau CTOS atau yang lebih teruk “Special Attention Account” atau tersenarai hitam dalam urusan kewangan maka anda akan dapat rejection atau gagal dalam mendapatkan pinjaman kenderaan. Macam mana nak check status anda? Ada  2 cara, yang pertama pergi ke Bank Negara bawa MyKad anda dan anda boleh dapatkan penyata untuk status kewangan anda. Kedua anda boleh download CTOS app dan kemudian daftar dan anda diminta untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan laporan status tahap kewangan anda. Kalau nak FREE kena pilih cara yang pertama pergi ke Bank Negara dan tiada caj akan dikenakan.

 

Tip yang ke-dua : DOKUMEN

Untuk memastikan pinjaman kereta and Berjaya dengan cepat dan cemerlang pastinya dokumen adalah perkara yang paling penting untuk disediakan dahulu. Tanpa dokumen macam mana nak beli kereta kan. Dokumen yang harus disediakan oleh pembeli kereta secara individu atau syarikat.

Individu:

  • Salinan MyKad yang terang dan jelas boleh dibaca
  • Salinan lessen memandu
  • Salinan 3 bulan terkini slip gaji
  • Salinan 3 bulan terkini penyata bank di mana gaji anda dimasukkan.
  • Salinan penyata KWSP

 

Syarikat:

  • Salinan Borang 9 SSM untuk syarikat Enterprise
  • Salinan Borang 9, 24, 44 & 49 untuk syarikat Sendirian Berhad
  • Salinan MyKad dan lessen memandu Pengarah Syarikat
  • Salinan 6 bulan penyata bank
  • Salinan Penyata kewangan syarikat
  • Salinan pembayaran Cukai

Sekiranya semua dokumen dah cukup barulah penjual kereta akan serahkan ke pegawai bank untuk diproses. Selalunya akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja.

 

 

Tip yang ke-tiga : NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

Dalam tip ketiga untuk memastikan pinjaman kereta anda Berjaya dengan cepat dan cemerlang semestinya nombor untuk dihubungi oleh pihak bank. Nombor yang betul mestilah jelas dan boleh dihubungi. Ialah di zaman sekarang pasti anda mempunyai lebih dari satu nombor untuk dihubungi jadilah bagilah nombor yang senang untuk pihak bank menghubungi anda yang salah satu nya menjadi syarat pihak peminjam adalah wujud.

 

Tip yang ke-empat : PENJAMIN

Adakalanya dokumen yang kita sudah hantar ke pihak bank masih belum cukup untuk meyakinkan pihak bank memberi pinjaman kereta kepada kereta. Ini kerana kemungkinan gaji yang tidak cukup atau komitmen pembeli kereta yang sangat tinggi seperti hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang pinjaman kereta, hutang pembelian rumah atau sebangainya. Jadi bila gaji pembeli tidak dapat meyakinkan pihak bank maka penjamin sangat-sangat diperlukan dalam memudahkan kelulusan pinjaman pembelian kereta.

Apa yang harus Penjamin lakukan untuk membantu dalam memudahkan pinjamna kereta lulus dengan cepat dan cemerlang? Sama juga penjamin hendaklah menyediakan dokumen yang sama seperti pembeli kereta. Salinan MyKad dan lessen memandu, salinan 3 bulan penyata gaji dan penyata bank juga. Yang paling penting nama penjamin mestilah bersih dan tidak sangkut dalam CCRIS atau CTOS.

 

Tip yang ke-lima: KERJASAMA

Apa yang penting adalah kerjasama. Kerjasama di antara pembeli kereta, penjual kereta dan juga pihak bank. Sekirannya penjual kereta meminta anda penambahan dokumen kerjasama dari anda sangat penting. Kalau anda lamabat menyediakan dokumen maka lambatlah pihak bank akan proses permohonan anda maka lambat lah kelulusan bank. Bukan apa sekiranya lambat keputusan kelulusan dari pihak bank silap-silap anda sebagai pembeli terlepas peluang-peluang penjimatan ketika pembelian kereta. Ini kerana setiap bulan promosi untuk kereta sentiasa berubah-ubah jangan sampai anda terlepas peluang anda untuk membeli kereta.

 

Untuk mempercepatkan dan memudahkan proses pembelian kereta anda apa kata berhubung dengan kami CarMall.my kami akan membantu anda dalam proses pembelian kereta baru dengan mudah, pantas dan aman.

Tips

carmallhondalulus pinjamanmalaysiapinjaman kereta

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *